Uzbekistan 8 Days 6 Nights

HARI 1 : KUALA LUMPUR - TASHKENT (MOP)

Berkumpul di KLIA jam 4.30 petang, proses check in dan boarding pass. berlepas ke Tashkent jam 7.35 malam dengan pesawat Uzbekistan Airways HY552

HARI 2 : KHAMIS / TASHKENT (SP/MT/MM)

Tiba di Tashkent pukul 03:20am. Setelah selesai proses imigresen dan kastam, bertemu wakil kami di tempat menunggu ketibaan, menuju ke Masjid untuk solat Subuh. Sarapan pagi dan mula lawatan ke Independence Square. Merasai menaiki Tashkent Metro (underground) satu satunya kereta api bawah tanah di Central Asia. Makan tengahari di Tashkent Pilav Center. Daftar masuk hotel, istirahat. Aktiviti bebas. Makan malam dan bermalam di Tashkent.

HARI 3 : JUMAAT / TASHKENT - BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan di hotel, dihantar ke Domestik Airport untuk ke Bukhara, jam 9.15pagi berlepas ke Bukhara, tiba Bukhara jam 10.25. Lawatan ke makam Ismail Samaniy, Chashma Ayub, Masjid Bolo-Hauz (masjid tiang 40) (solat Jumaat di sini) Makan tengahari di restoran tempatan. Lawatan ke Kompleks Poi Kalon, Menara Kalon, Masjid Kalyan dan Madrasah Mir Arab. Beli belah cenderamata di Domes berhampiran. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Bukhara.

HARI 4 : SABTU / BUKHARA-SAMARKAND (290 KM, 4,5 JAM) (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, perjalanan ke Samarkand. Singgah melawat Kompleks Sheikh Bahauddin Naqsyabandi ahli sufi dan pengasas Tariqat yang terkenal. Berhenti makan tengahari. Tiba di Samarkand terus ke Kompleks Imam Al Bukhari, ziarah makam Imam Al Bukhari. Makan Malam di restoran tempatan. Bermalam di Samarkand.

HARI 5 : AHAD / SAMARKAND (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan ke Registan square (dikelilingi oleh Madrasah Ulugbek, Tilla-Kori dan SherDor) Kompleks makam unik, lawat Shakhi-Zindeh (makam Qusam Ibnu Abbas, sepupu Rasulullah SAW) Makam Gur Emir (Amir Timur) Makan tengahari di Samarkand Pilav Center. Masjid Bibi Khanum, Beli belah di Siab Bazar. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Samarkand.

HARI 6 : ISNIN / SAMARKAND - TASHKENT (SP/MT/MM)

Jam 06:38 pagi menuju ke Tashkent dengan kereta api laju (3 jam). Tiba di Tashkent. Lawatan ke Kompleks Khasti Imam (dikelilingi Masjid Tilla Sheikh, Muzium Al Quran "Uthman Quran" salinan Al-Quran tertua di dunia yang bermula dari kurun ke 8 yg ditulis di atas kulit kijang, juga Madrasah Barrak Khan) Makan tengahari, aktiviti bebas membeli belah di Mall Samarqand Darvoza, makan malam dan Istirahat, bermalam di Tashkent.

HARI 7 : SELASA / TASHKENT - GUNUNG CHIMGAN

Sarapan di hotel. Transfer ke Gunung Chimgan. Tiba di puncak Beldersay dengan lif kerusi, nikmati pemandangan di atas gunung sambil berjalan dan bergambar . Makan tengah hari di restoran tempatan.Singgah di Charvak Lakeside untuk masa bebas melakukan aktiviti air (ikut musim). Kembali ke Tashkent, membeli belah di Chorsu Bazar, makan malam di restoran tempatan, bermalam di Tashkent.

HARI 8 : RABU / TASHKENT - KUALA LUMPUR (MDP)

Sarapan awal pagi , daftar keluar hotel, dibawa menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent. Berlepas ke Kuala Lumpur 07:55 pagi dengan pesawat HY551. Tiba di KLIA jam 6.30 petang.
 
  •    Airport Transfer
  •    2 Star Hotel Facility
  •    Private Transport + Driver + Gas
  •    Flight Ticket
  •    Meal
  •    Lugggage
  •    Travel Insurance
  •    Visit Ticket
  •    RM100 Deposit/pax
  •    Deposit must be paid 2 weeks before departure date
  •    Non-refundable deposit
Borobudur Temple
Prambanan Temple
Regular Rp.420,000/head Rp.420,000/head
   
Gunung Merapi Lava Tour
Timang Beach
Jeep Rp.450,000/Jeep (max 4 person) Jeep Rp.350,000/Jeep (max 4 person)
   
Kali Biru
Sultan Palace
Jeep Rp.450,000/Jeep (max 4 person) Rp.15,000-Rp.25,000/head Include Camera or Smartphone license
   
Taman Sari Water Castle
Gereja Burung
Rp.2,500/head Rp.25,000/head
   
Candi Ijo
Candi Boko
Rp.10,000/per pax (Open till 5pm) Rp.375,000
   
Umbul Ponggok
Pinus Pengger
Jeep Rp.25,000/pax Jeep Rp.350,000/Jeep (max 4 person)

Contact Us

  • Address: Lot #7, Ground Floor, Recreational Building / Technoflex Technology Park Malaysia,
    57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

  • Phone: +6019 622 5100 / +603 8994 9988 / +603 8994 9933

  • Email: ticketing.trips4u@gmail.com